KUALA LUMPUR: Selepas tiga menteri kanan kerajaan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berjumpa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun pula berjumpa Perdana Menteri.
Beliau dilihat tiba menaiki kereta jenis Toyota Vellfire di Jalan Setiabakti 2, Bukit Damansara, di sini pada pukul 5.05 petang ini.
Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Idrus tiba di kediaman Perdana Menteri.
Namun, tiada maklumat lanjut tentang hasil pertemuan tersebut. – ONLINE DONE