Ribut : Lebih 500 rumah rosak di Terengganu - Utusan Malaysia

Ribut : Lebih 500 rumah rosak di Terengganu

NORFARIZAN Abdul Rashid menjemur permaidani selepas rumahnya rosak dibadai ribut di Padang Setengge, Hulu Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/ NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lebih 500 rumah di negeri ini terjejas akibat dipukul ribut, petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu difahamkan berlaku di hampir keseluruhan lapan daerah di Terengganu dengan yang paling teruk di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kuala Nerus.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, di Hulu Terengganu sebanyak 81 kediaman di Padang Setengge rosak membabitkan seramai 268 mangsa. 

“Buat masa ini kita masih lagi mengenal pasti jumlah keseluruhan kerugian dan nilainya dijangka diketahui esok. 

“Perkara ini sudah dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan peruntukan segera akan disalurkan tidak lama lagi selain bantuan awal oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut keperluan mangsa,” katanya.

Menurut Hanafiah, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah diarahkan untuk membantu dalam kerja-kerja membaiki kediaman penduduk yang terjejas secepat mungkin. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya