Ribuan warga asing di PPV Pusat Konvensyen KL boleh cetus kluster mega - Utusan Malaysia

Ribuan warga asing di PPV Pusat Konvensyen KL boleh cetus kluster mega

TANGKAP layar rakaman berdurasi 26 saat tular di media sosial memaparkan warga asing beratur panjang di PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Orang ramai melahirkan kebimbangan terhadap situasi ribuan warga asing yang beratur sepanjang dua kilometer di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Pemerhatian di media soial memperlihatkan orang ramai melahirkan kerisauan kemungkinan penularan kes Covid-19 ekoran kesesakan yang berlaku tanpa penjarakan fizikal sekali gus boleh mengundang penularan kes.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan itu boleh mendatangkan risiko untuk mencetuskan satu lagi kluster Covid-19 mega.

Beliau justeru itu mencadangkan kerajaan mencari solusi terbaik termasuk meningkatkan suntikan vaskin melalui klinik-klinik swasta dan proses suntikan secara pandu lalu.

“Mempercepat vaksinasi bagi Lembah Klang penting. Tapi bukan dengan suruh orang ramai beratur sepanjang  dua km di tepi jalan raya bawah matahari terik dan mengambil risiko untuk mencetuskan satu lagi kluster Covid-19 mega,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, rakaman berdurasi 26 saat tular dalam media sosial menunjukkan warga asing beratur panjang di luar bangunan sehingga berlaku kesesakan.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap penularan jangkitan COVID-19.

Selain itu seorang pengguna Facebook dikenali Mohd. Suhaimi berkata, situasi itu tidak wajar berlaku walaupun Malaysia berusaha untuk menjadi negara paling pantas dalam program vaksinasi.

“Sekarang pun dah membandingkan dengan United Kingdom dan beberapa negara luar. Tapi hakikatnya rakyat yang perlu menerima vaksin terpaksa berbaris sampai berkilometer panjang,” soalnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya