MADRID: Real Madrid mahukan khidmat Donny Van de Beek secara pinjaman membabitkan mana-mana urusan dengan Manchester United dan Raphael Varane.
United sedang mengintai khidmat Varane selepas dia bersedia meninggalkan Bernebue kerana kontraknya akan tamat pada 2022.
Sementara itu, Van de Beek bergelut untuk mendapatkan minit permainan di Old Trafford sejak berpindah dari Ajax musim lalu dan hanya menjaringkan satu gol.
Real berhasrat untuk menggabungkan tawaran Varane bersama Van de Beek denga pinjaman pemain itu kekal sampai akhir musim.
Terdapat laoran menyatakan Varane akan ditawarkan pada harga 50 juta pound (RM287.75 juta) kepada United dan kehadiran Van de Beek mampu memudahkan urus niaga.-AGENSI