Rayuan Hospital Selayang didengari, JKN Selangor akan respons - Utusan Malaysia

Rayuan Hospital Selayang didengari, JKN Selangor akan respons

TANGKAP layar laporan Utusan Online mengenai Hospital Selayang rayu bantuan kontena mayat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor akan memberi maklum balas berhubung dakwaan isu kapasiti penyimpanan mayat di unit forensik Hospital Selayang, Selangor yang dikatakan tidak dapat menampung jumlah mayat ketika ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh jurucakap Kementerian Kesihatan ketika menjawab pertanyaan mengenai isu tersebut.

“JKN Selangor akan respons (beri maklum balas),” katanya dalam kenyataan secara ringkas melalui kumpulan WhatsApp media KKM hari ini.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, sumber dalaman hospital berkenaan mendakwa kapasiti di unit forensik hospital itu tidak dapat menampung jumlah mayat ketika ini berikutan jumlah mayat yang diterima semakin meningkat setiap hari susulan pandemik Covid-19.

Hospital Selayang rayu bantuan kontena mayat

Katanya, sumbangan kontena baharu amat diharapkan dalam kadar segera bagi menyelesaikan masalah tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya