Ramah dengan kakitangan hospital, Maya Karin dipuji peminat - Utusan Malaysia

Ramah dengan kakitangan hospital, Maya Karin dipuji peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Maya Karin dihujani pujian netizen kerana sikap ramah yang ditunjukkannya ketika hadir mendapatkan vaksin Covid-19 di Hospital Sungai Buloh baru-baru ini.

Maya, 42, menerusi satu perkongsian di Instagram memuat naik beberapa keping gambar bersama kakitangan yang bertugas di hospital berkenaan.

“Seronok tadi pagi nak pergi ambil vaksin. Teruja pula saya. Di sini saya bersama Ketua Pusat Pemberian Vaksin Hospital Sungai Buloh dan semua doktor, jururawat, kakitangan pengurusan dan pengawal keselamatan, terima kasih semua!

“Saya gembira bertemua anda. Jumpa lagi hujung bulan untuk suntikan kedua saya!” tulisnya.

Tertarik dengan sikap yang ditunjukkan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu, ramai tampil memuji dengan menulis di ruangan komen.

“Nampaknya awak telah membuat semua orang tersenyum,” tulis fromkmr.

Beberapa pengguna Instagram turut memuji sikap Maya yang tidak sombong dan sanggup meluangkan masa untuk bergambar bersama kakitangan di hospital berkenaan.

“Fuh steady kak, sampai petugas keselamatan pun kakak selfie, terbaik la.

“Ternyata yang kakak memang peramah dan mesra dengan orang. Bagus kak, semoga murah rezeki kak, amin,” tulis suzairyman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya