Rakyat sudah tidak mampu dengar maklumat mengelirukan - Wanita UMNO - Utusan Malaysia

Rakyat sudah tidak mampu dengar maklumat mengelirukan – Wanita UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pergerakan Wanita UMNO mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bertanggungjawab atas situasi didakwanya sebagai kerosakan diterjemahkan secara salah yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum mendapat perkenan.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim yang menjunjung kasih titah kenyataan Seri Paduka itu berkata, rakyat sudah tidak mampu mendengar maklumat mengelirukan terarah kepada kemusnahan kepercayaan dan harapan tinggi yang diberikan, apatah lagi keadaan negara masih gundah-gelana.

“Sewajibnya Kerajaan Perikatan Nasional meneruskan misi keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang lebih diyakini dengan membentangkan pelan pemulihan ekonomi lebih jelas, bantuan rakyat lebih adil serta kejujuran kepimpinan lebih telus.

“Pada hemat saya, Perdana Menteri tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta membelakangi fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya