Rakam lagu Mandarin, Masya Masyitah tak sia-siakan kebolehan - Utusan Malaysia

Rakam lagu Mandarin, Masya Masyitah tak sia-siakan kebolehan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak mensia-siakan kebolehan berbahasa Mandarin, penyanyi, Masya Masyitah tampil berlainan dengan single solo pertamanya dalam bahasa itu yang diberi judul Jiu Meng Xin Su.

Lagu ciptaan Kai Kai yang dilancarkan sekitar 25 Jun lalu itu membuktikan kebolehan penyanyi cantik ini berbahasa Mandarin, bukan kepalang.

“Jika dihitung, ini adalah lagu Mandarin kedua yang saya rakamkan. Tetapi, kalau single secara solo, lagu terbaru ini adalah yang pertama. Lagu ini menceritakan kisah cinta sepasang kekasih yang sanggup berkorban segalanya demi kebahagiaan. Malangnya si teman lelaki menderita sejenis penyakit dan terpaksa merahsiakannya dari pengetahuan teman wanitanya.

“Teman wanitanya keliru dan akhirnya percintaan mereka berakhir dengan cara yang cukup menghibakan. Bagaimanapun itu bukanlah tentang saya. Ia mungkin sekadar imaginasi atau pengalaman yang diketahui oleh komposer lagu ini,” katanya.

Kehadiran lagu Mandarin berkenaan seakan melengkapi impian juara program realiti kanak kanak, Ceria Popstar musim kedua ini yang sekian lama mengidamkan lagu solo dalam bahasa berkenaan.

“Apabila boleh berbahasa Mandarin dan menyanyikan lagu dalam bahasa itu, secara automatik teringin nak ada lagu solo sendiri. Akhirnya ia jadi kenyataan. Kalau diikutkan, lagu ini sebenarnya sudah lama saya dengari. Cuma ianya hanya mula dirakamkan sekitar November lalu.

“Tak sangka akhirnya ia dilancarkan juga. Video muzik lagu ini, yang dirakamkan di Bukit Jalil sudah pun dihasilkan sekitar Mac lalu,” katanya lagi.

Masya yang juga artis naungan Rocketfuel Entertainment sebelum ini pernah muncul dengan empat single termasuk Teman Bintang, Mawar Terbiar, Halimunan dan Hapus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya