Radin jual preloved, sumbang gaji untuk projek Food Bank - Utusan Malaysia

Radin jual preloved, sumbang gaji untuk projek Food Bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Atas dasar kemanusiaan dan mahu membantu mereka yang terkesan dek pandemik, penyampai radio popular, Radin bakal mengadakan jualan barangan peribadinya sendiri untuk mengumpul dana.

Dalam perkongsian di Instagram, Radin berkata, dia mahu menyediakan bantuan food bank dan demi merealisasikan hasrat itu, dia sanggup menjual barangan peribadi untuk mendapatkan sumbangan.

“Saya mahu bantu sedaya mana yang termampu. Memang tak dapat bantu semua orang tetapi saya akan menyediakan foodbank untuk memudahkan urusan bantuan itu.

“Jadi untuk perancangan dana, saya akan menjual barangan peribadi saya Esok (Sabtu) dan hasil jualan akan disalurkan bagi membeli barangan keperluan asas dan sebagainya untuk projek foodbank itu,” kongsinya.

Dalam pada itu, Radin juga akan menyumbang sebahagian gaji bulanannya untuk menambah jumlah dana jika tidak mencukupi.

“Sekiranya dana atau hasil jualan tidak mencukupi, saya sendiri akan menyumbang sebahagian gaji bulan ini untuk tambah. Tak perlu jadi kaya untuk buat orang bahagia,” katanya.

Peminat boleh mula membeli barangan peribadi pemegang trofi Penyampai Radio Popular 2016 ini di Instagramnya @radin_era esok (Sabtu).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya