Putera Mateen dahului senarai pengurniaan bintang kebesaran - Utusan Malaysia

Putera Mateen dahului senarai pengurniaan bintang kebesaran

SULTAN Hassanal Bolkiah ditemani Putera Mateen berkenan hadir Mesyuarat Asia Eropah di Brussels pada 2018. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Putera raja kacak dan sentiasa mendapat perhatian ramai, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen mendahului senarai pengurniaan bintang-bintang kebesaran Brunei sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Ke-75, Sultan Hassanal Bolkiah.

Majlis pengurniaan berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

TURUT berangkat ialah Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Isteri, Pengiran Anak Sarah; Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Pengiran Bini Hajah Faizah; Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. – AGENSI

Menurut laporan Pelita Brunei, Putera ‘Abdul Mateen atau lebih dikenali sebagai Putera Mateen dikurnia Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama yang membawa gelaran Dato’ Paduka Seri.

Anakanda baginda sultan itu pernah mengikuti latihan asas ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst.

PUTERA Mateen ketika menyertai perlawanan Polo Ekuestrian pada Temasya Sukan Sea 2017 di Equestrian Park. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Putera Mateen menceburi bidang kerjaya sebagai juruterbang tentera dan berjaya menamatkan Latihan Elementary Flying selama tujuh bulan di Royal Air Force Cranwell, United Kingdom pada 28 April 2017.

Pada 20 Mei lalu, baginda sultan berkenaan mengurniakan lencana pangkat Mejar tetap kepada Putera Mateen.

Putera Mateen sering kali mengiringi Sultan Brunei dalam acara-acara diplomatik antarabangsa.

Baginda sultan kemudian berkenan mengurniakan Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri Pahlawan kepada tiga penerima iaitu Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Awang Muhammad Haszaimi Bol Hassan; Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Awang Spry Serudi dan Pemerintah Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Abdul Razak Abd. Kadir.

Pengurniaan bintang-bintang kebesaran itu melibatkan 16 orang penerima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya