Purata Nilai Gred Kumulatif nasional STPM 2020 meningkat - Utusan Malaysia

Purata Nilai Gred Kumulatif nasional STPM 2020 meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) nasional Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 meningkat daripada 2.77 pada 2019 kepada 2.78.

Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof. Dr. Wahid Razzaly berkata, bagaimapun daripada secara keseluruhan mendapati pencapaian calon STPM 2020 dianggap masih sama dengan pencapaian calon 2019 kerana perbezaan peningkatan yang sangat kecil iaitu sebanyak 0.01 mata.

Katanya, perbezaan peningkatan ini tidak menggambarkan signifikan yang besar kepada pencapaian calon STPM 2020 secara keseluruhannya berbanding dengan tahun sebelumnya.

“Sebanyak 741 calon atau 1.72 peratus calon mendapat PNGK 4.00 dan dariapda 741 calon ini, 554 atau 74.76 peratus daripadanya dalam golongan B40.

“Bagaimanapun, bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 ini telah berkurangan sebanyak 61 calon daripada 802 calon yang mendapat PGNK 4.00 pada 2019,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN