PTPTN galak pelanggan guna perkhidmatan dalam talian - Utusan Malaysia

PTPTN galak pelanggan guna perkhidmatan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan urusan permohonan pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dIsaran menggunakan kemudahan dalam talian.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam satu kenyataan memaklumkan, ini kerana medium tersebut lebih mudah, cepat dan selamat serta selari hasrat PTPTN ke arah pendigitalan.

Sehubungan itu, katanya, pelajar yang berhasrat memohon pinjaman PTPTN boleh membuat permohonan dalam talian melalui Portal Rasmi PTPTN.

“Selain itu, semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) juga boleh dilakukan di www.ptptn.gov.my. Bagi permohonan pinjaman yang telah diluluskan, pelajar hanya perlu menghantar Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman melalui pos Menara PTPTN, Kuala Lumpur tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Ekoran pandemik ini, PTPTN turut memberikan kelonggaran dengan memanjangkan tempoh bagi penghantaran dokumen tersebut yang diumumkan melalui Portal Rasmi PTPTN dari semasa ke semasa. Namun pelajar digalakkan dapat menghantar dokumen berkenaan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya di sini hari ini.

Bagi bayaran balik Bayaran Balik Pinjaman, PTPTN menyediakan perkhidmatan di Portal PTPTN antaranya bayaran melalui saluran fpx sama ada menggunakan akaun bank atau kad kredit.

Di samping itu, pelanggan boleh membuat semakan penyata pinjaman, permohonan potongan gaji dan direct debit dan perkhidmatan pengesahan baki dan Surat Penyelesaian Hutang (SPH).

“Permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman (PKP 3.0) dan Permohonan pengecualian bayaran balik bagi pelajar yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya boleh dibuat diruang portal berkenaa.

“ Urusan kemaskini e-mel dan nombor telefon peminjam serta portal Majikan Online untuk memudahkan majikan membuat bayaran balik pinjaman untuk kakitangan turut disediakan,” jelasnya.

Tambah PTPTN, pihaknya turut menyediakan kemudahan bayaran balik pinjaman melalui aplikasi telefon mudah alih seperti MyPay, Shopee, BESTPay, KiplePay dan KelantanPay..
“ Untuk memudahkan pelanggan membuka akaun dan penambahan simpanan,
kemudahan dalam talian berikut disediakan di Portal Rasmi PTPTN seperti pembukaan akaun dan penambahan simpanan melalui www.lovesspn.co, penambahan simpanan melalui saluran fpx; semakan penyata simpanan, permohonan potongan gaji dan permohonan
Direct Debit.

“Bagi pelanggan yang ingin berunding, mempunyai pertanyaan atau membuat aduan boleh menghubungi PTPTN di saluran Careline PTPTN di 03 – 2193 3000 atau Live Chat di www.ptptn.gov.my,” ujarnya.

Bagi aduan pula pelanggan boleh ke e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/ menerusi menerusi media Rasmi PTPTN (Facebook PTPTNOfficial, InstaPTPTN, TwitPTPTN dan
Facebook SSPN. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya