Proses reman pekebun Musang King diganggu? - Utusan Malaysia

Proses reman pekebun Musang King diganggu?

TANGKAP layar video memaparkan suasana di pekarangan Mahkamah Raub, Pahang semasa proses pihak berkuasa mendapatkan perintah tahanan reman 18 individu dipercayai pekebun haram yang menanam durian Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 18 orang disyaki pekebun haram durian Musang King yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan memusnahkan kebun haram durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub dekat sini, dibawa ke Mahkamah Majistret Raub, untuk perintah tahanan reman.

Difahamkan, proses berkenaan hari ini terganggu ekoran ada pihak cuba menghalang tugas pihak berkuasa melaksanakannya sehingga mencetuskan suasana sedikit tegang di luar pekarangan mahkamah berkenaan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Hizamri Mohd. Yasin berkata, kesemua 18 pekebun itu dalam proses reman hari ini.

Semalam, tular beberapa rakaman video dan gambar yang memaparkan provokasi melampau oleh pengusaha kebun haram terhadap Pasukan penguatkuasaan HSK di Batu Talam dengan keluasan yang dianggarkan sekitar 101 hektar.

Penguatkuasaan tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama dengan agensi kerajaan termasuk kerjasama anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Operasi tertumpu kepada tindakan memusnahkan tanaman durian secara haram dan menyita sebarang barangan termasuk kenderaan serta membuat tangkapan terhadap mana-mana individu yang telah menceroboh tanah HSK tersebut.

JPNP dalam kenyataannya semalam memaklumkan menahan 18 orang disyaki pekebun haram durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di situ.

Jabatan itu berkata, sepanjang operasi itu dijalankan, mereka berdepan dengan keadaan provokasi pekebun haram termasuk membuat halangan kepada kenderaan untuk keluar dan masuk ke kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, anggota jabatan tersebut juga dihalang daripada menjalankan tugas. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya