Projek perumahan di 10 lot tanah di lima daerah Pulau Pinang  - Utusan Malaysia

Projek perumahan di 10 lot tanah di lima daerah Pulau Pinang 

JAGDEEP Singh Deo (tiga dari kanan) ketika meninjau  tapak Program Penang Saring Covid-19 di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) sedang mengkaji 10 lot tanah di lima daerah di negeri ini bagi membangunkan skim-skim perumahan yang sesuai bermula daripada skim sederhana rendah hingga mampu milik untuk ditawarkan kepada penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeeep Singh Deo berkata, 10 kawasan tanah yang dianggarkan kira-kira 32 hektar itu mampu membekalkan sehingga lebih 20,000 unit rumah pelbagai jenis kepada penduduk.

“Pembangunan di 10 lot tanah ini membantu kerajaan negeri untuk mencapai sasaran penyediaan 220,000 unit skim perumahan pelbagai jenis kepada rakyat,” katanya selepas meninjau tapak Program Penang Saring Covid-19 di Stadium Bandaraya, di sini hari ini.

Menurut Jagdeep, projek pertama perumahan mampu milik yang dibangunkan oleh LPNPP iaitu di Bukit Gedung kini sedang dalam proses penyediaan dokumen tender terbuka.

Ketika ini jelas beliau, kerja-kerja ukur tanah telah selesai dilaksanakan dan fasa seterusnya akan melibatkan penyediaan dokumen permintaan untuk cadangan (RFP) yang mana akan dilaksanakan secara tender terbuka.

“Dokumen RFP ini dijangka dapat disediakan seawal Oktober ini,” katanya.

Tambahnya, tender itu akan dibuka selama tempoh satu bulan serta akan dinilai sebaik mungkin dan kerja-kerja pembinaan dapat ditawarkan kepada pemajuyang berjaya seawal Disember tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Jagdeep berkata, program Penang Saring Covid-19 (PSC19) seterusnya akan diteruskan pada minggu ketiga di enam lokasi bermula esok hingga Ahad ini.

“Kawasan yang terlibat ialah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga; Datok Keramat; Pinang Tunggal; Paya Terubong; Tanjong Bungah dan Bukit Tambun.

“Kerajaan negeri menyasarkan penyertaan seramai 2,000 orang bagi pelaksanaan program PSC19 di keenam-enam lokasi pada minggu ini dan individu yang ingin membuat saringan boleh mendaftar untuk sesi saringan di lokasi yang dikendaki di websitehttps://penangsaring.selangkah.my atau melalui Pusat Khidmat ADUN masing-masing,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya