PPV Selangor, KL tetap dibuka pada hari raya - Utusan Malaysia

PPV Selangor, KL tetap dibuka pada hari raya

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kesemua pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan swasta di Selangor dan Kuala Lumpur akan beroperasi seperti biasa pada Hari Raya Aidiladha, Selasa ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ia juga akan beroperasi dengan kapasiti maksimum bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada penduduk Lembah Klang sebelum Ogos.

“Malah masa operasi turut dilanjutkan bagi mencapai sasaran tersebut selain turut dibuka pada Sabtu dan Ahad.

“Waktu operasi juga dilanjutkan kepada pukul 7 malam untuk PPV awam dan 9 malam untuk PPV swasta,” katanya selepas melawat PPV Integrasi di Dewan Taman Nusantara, Gelang Patah di sini.

Sementara itu, Dr. Adham berkata, sebanyak tujuh PPV Integrasi di Johor Bahru, Kluang dan Iskandar Puteri akan mula beroperasi di negeri ini mulai hari ini.

Katanya, ia melibatkan tingkat bawah Persada Johor; Mid Valley Southkey; Dewan Taman Pasir Gudang dan perpustakaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), manakala Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kluang dan Dewan Muafakat Simpang Renggam di Kluang.

Tambahnya, sebelum ini, PPV Integrasi telah dibuka di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Ledang; Dewan Jubli Intan, Muar dan Dewan Besar Chee Ann Khor, Yong Peng.

“Ini menjadikan terdapat 11 PPV Integrasi di Johor yang melibatkan pengamal perubatan bagi pemberian vaksin jenis Pfizer. Dengan pertambahan tujuh lagi PPV Integrasi yang akan memulakan operasinya esok, jumlah kapasiti maksimum di PPV Integrasi ini adalah sebanyak 26,000 dos sehari,” jelasnya.

Dalam pada itu, kementerian akan memperluas operasi lonjakan kapasiti (Operation Surge Capacity) ke tiga buah negeri sebagai langkah menangani pertambahan kes positif Covid-19 secara mendadak.

Jelas Dr. Adham, liputan operasi itu melibatkan kawasan Utara Negeri Sembilan, Selatan Perak dan Barat Pahang seperti diputuskan jawatankuasa khas dalam usaha memastikan pertambahan kes yang berpusat di kawasan ibu negara dapat dikawal sepenuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya