Potongan kek perkahwinan Diana dan Charles berusia 40 tahun bakal dilelong - Utusan Malaysia

Potongan kek perkahwinan Diana dan Charles berusia 40 tahun bakal dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebahagian potongan kek perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana yang disimpan selama empat dekad akan dilelong.

Potongan kek yang masih elok itu dihiasi dengan lambang diraja berwarna biru, emas, merah dan perak.

Disimpan di dalam sebuah tin selama 40 tahun, potongan kek itu dipercayai dipotong untuk diberikan kepada petugas diraja sebagai penghargaan mereka atas persiapan perkahwinan yang dilakukan.

Potongan kek itu pertama kali diberikan kepada Moyra Smith iaitu petugas istana di Clarence House selepas majlis perkahwinan Charles dan Diana berlangsung.

Keluarga Moyraa kemudiannya menyimpan potongan kek tersebut sehingga 2008 sebelum diserahkan kepada seorang pengumpul yang menyimpannya hingga kini.

Turut tertera tulisan ‘Jaga dengan baik. Kek perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana, M.C. Smith 29/7/81’ pada tin yang menyimpan potongan kek tersebut.

Mempunyai berat 0.7 kilogram, potongan kek itu dijangka dilelong pada harga 500 pound (RM2,939).

Selain itu, golongan pakar menasihatkan bakal pembeli supaya tidak makan kek berkenaan atas faktor kesihatan memandangkan usia kek itu yang sudah mencecah empat dekad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya