Politik Johor kekal tenang - UMNO Johor - Utusan Malaysia

Politik Johor kekal tenang – UMNO Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pergolakan politik yang berlaku di ibu negara ketika ini dilihat belum ‘mendapat kebenaran’ merentas negeri sehingga ke Johor apabila situasi politik di negeri ini kekal stabil.

Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata, walaupun UMNO menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun apa yang berlaku itu adalah di peringkat Persekutuan.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang itu, pergolakan tersebut juga dilihat tidak akan mempengaruhi fokus utama kerajaan negeri ketika ini.

“Kami masih fokus pada program yang mendahulukan agenda rakyat seperti pemberian vaksinasi dan juga inisiatif bank makanan kepada pihak terjejas.

“Keutamaan kami ketika ini adalah untuk membantu masyarakat kerana kita masih menghadapi pandemik Covid-19,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya