SUNGAI PETANI: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu kes video tular berkaitan pergaduhan dua beradik lelaki dengan memegang parang di sebuah kedai bunga di sini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dua adik beradik yang berumur 29 dan 36 tahun itu ditahan di sini pada pukul 10 malam hari kejadian.
“Selepas keterangan diambil kita membebaskan mereka dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan lengkap untuk proses undang-undang seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Video pergaduhan dua beradik yang berdurasi tiga minit itu tular dalam media sosial selepas kejadian itu berlaku
Turut kelihatan ialah seorang wanita dipercayai ahli keluarga mereka yang sedang cuba meleraikan pergaduhan itu.
Bagaimanapun pergaduhan sesama ahli keluarga itu tidak membabitkan kecederaan.
Katanya, semakan rekod mendapati dua lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampu dan ujian air kencing turut mendapati mereka negatif dadah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN