Polis minta suapan, pemilik akaun Twitter dicari - Utusan Malaysia

Polis minta suapan, pemilik akaun Twitter dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis giat mengesan seorang pemilik Twitter, ‘Zulhelmiismail_@iAm_zul’ bagi membantu siasatan berhubung kes anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) yang didakwa meminta suapan seperti tular di media sosial.

Ini susulan laporan diterima selepas gambar anggota lengkap berpakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dimuat naik di laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, berdasarkan ciapan di Twitter, anggota itu dituduh meminta suapan wang sekali gus mencemarkan imej PDRM.

“Ciapan itu dibuat jam 9.24 malam tadi yang kemudiannya dipadam oleh pemilik akaun twitter berkenaan.

“Justeru, kita sedang mengesan pemilik akaun menggunakan nama ‘Zulhelmiismail_ @iAm_ZuL’ untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zaid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dengan niat hendak mengaibkan kehormatan seseorang serta memuat naik perkongsian palsu dan jelik di laman sosial.

Jelas beliau, siasatan lanjut bagi mengenal pasti sekiranya wujud salah laku oleh petugas SJR turut dijalankan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang turut menjalankan siasatan sekiranya wujud salah laku oleh petugas SJR.

“Maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804, 03-89114222 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Tular satu ciapan dimuat naik seorang pemilik Twitter mendakwa anggota di SJR di Plaza Tol Bangi di sini meminta suapan RM200 selepas menahan individu itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya