Polis gagalkan cubaan seludup air ketum di PKRC MAEPS 

Polis gagalkan cubaan seludup air ketum di PKRC MAEPS 

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup air ketum kepada pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Hall A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia  (MAEPS), Serdang tidak berjaya apabila ditahan pihak berkuasa dalam kejadian yang berlaku pada 4 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 33 tahun yang juga bekas pesakit Covid-19 di PKRC MAEPS itu mulanya bertindak melontar barang kepada seseorang di lokasi berhampiran lori Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertujuan melepasi kawat duri di Hall A tetapi cubaan tersebut gagal. 

Menurutnya, tindakan suspek disedari anggota yang sedang bertugas sebelum dia bertanyakan perkara itu kepada suspek yang menafikan ada berbuat demikian.

“Namun seorang kakitangan TNB menjelaskan kepada polis bahawa suspek cuba memberikan buah epal yang dibungkus di dalam plastik hitam kepada pesakit.

“Daripada maklumat tersebut, polis kemudiannya melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan lori TNB dan menjumpai sejumlah kotak rokok di atas rumput belakang lori terbabit sebelum menemui satu bungkusan air dipercayai air ketum,” katanya di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, sehubungan dengan itu, polis merampas 10 kotak rokok jenis Luffman dan plastik air ketum dengan isipadu 500 mililiter.

Menurutnya, polis percaya suspek berkenaan cuba untuk membawa masuk bungkusan air ketum itu juga.

“Suspek telahpun ditahan reman selama tiga hari dan disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 untuk proses pendakwaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya