KUALA TERENGGANU: Polis mengesan seorang ibu bersama dua anak perempuan yang menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes mendatangkan kecederaan di Mahkamah Sesyen Besut pada 25 Julai ini.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, Intan Aziliana Arifin, 40, di samping anaknya, Nurnatasyaliana Rozi, 17, dan Nur Azerin Liana, 15, diminta hadir ke mahkamah berkenaan berhubung kes mengikut Seksyen 326/326A Kanun Keseksaan.
Katanya, alamat terakhir tiga beranak itu ialah di No 16, Jalan Kemboja, Taman Perumahan Agropolitan, Setiu.
“Kesemua mereka gagal dikesan sejak 25 Mei tahun lalu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Arizal Fiveroses Ghazali di talian 013-5121312,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN