Poirier tetap menang walau 100 kali lawan McGregor - Khabib - Utusan Malaysia

Poirier tetap menang walau 100 kali lawan McGregor – Khabib

KHABIB NURMAGOMEDOV (kanan) dan Conor McGregor ketika memulakan pertarungan dalam UFC 229 kategori lightweight di Arena T-Mobile di Las Vegas pada Oktober 2018.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Khabib Nurmagomedov menyatakan bahawa Dustin Poirier akan sentiasa menewaskan Conor McGregor walau sebanyak 100 kali mereka bertarung.

Katanya, Poirier tidak memerlukan pengalaman  luas untuk menewaskan McGregor.

Dalam perlawanan itu, McGregor mengalami patah tulang tibia apabila Poirier melakukan tendangan, kaki itu tiba-tiba patah dalam masa singkat apabila dia mundur ke belakang pada penghujung pusingan pertama.

“Seandainya diteruskan, saya rasa Dustin akan mematahkan kedua-dua kakinya.

“Saya sudah beritahu bahawa tiada atlet akan memuncak sebanyak dua kali. Petinju tidak akan memuncak dua kali, mungkin awak boleh lawan petinju yang tidak setaraf dengan awak.

“Buat masa sekarang, Dustin adalah yang terbaik di dunia. Saya percaya dia adalah yang terbaik dalam kelas lightweight di dunia ini. Jika mereka berlawan 100 kali, Dustin akan menang 100 kali. Ini pendapat saya,” kata Khabib.  

Khabib telah bersara dengan rekod 29-0 selepas menewaskan Justin Gaethje tahun lalu di Abu Dhabi dan ibunya meminta agar tidak bertarung lagi dan dia bersetuju.

Jelasnya, dia tidak akan berlawan lagi walau ibunya memberi kebenaran.

Dana White berkata, dia tidak akan mengganggu Khabib yang sudahpun bersara tetapi tidak memberi jaminan bahawa dia tidak akan membuat tawaran lagi.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya