LONDON: Paul Pogba hampir pasti meninggalkan Old Trafford selepas pemain itu menolak tawaran baharu yang dikemukakan Machester United.
Kontraknya yang akan tamat pada Jun 2022 dan ejennya, Mino Raiola sedang mengadakan perbincangan mengenai kontrak baharunya.
United dilaporkan mengemukakan tawaran bernilai 350,000 pound (RM2.03 juta) seminggu, tetapi pemenang Piala Dunia itu menolak tawaran terbabit dengan dia bersedia untuk bersama pasukan baharu.
Tambah laporan itu Paris Saint-Germain (PSG) bersedia membayar 45 juta pound (RM261.7 juta) bagi pemain berusia 28 tahun itu dan Red Devils kini bersedia untuk menjualnya pada jendela perpindahan nanti.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan tidak bersedia membenarkan pemain Perancis itu meninggalkan pasukan dengan perpindahan percuma tetapi bersetuju menurunkan harga permintaan yang diletakkan mereka dari 50 juta pound (RM290.78 juta).
Pogba yang beraksi buat negaranya pada Kejohanan Euro 2020 dan menjaringkan enam gol dan menghasilkan sembilan bantuan gol dalam 42 penampilan bersama kelab musim ini.