PARIS: Mauricio Pochettino sudah melanjutkan kontrak selama setahun bersama Paris Saint-Germain selepas enam bulan bersama mereka.
Pengendali Argentina itu menggantikan Thomas Tuchel di Parc des Princes pada Januari lalu.
Jurulatih berusia 49 tahun itu menandatangani kontrak selama 18 bulan sehingga Jun 2022 dengan pilihan lanjutan ketika mula menyertai mereka.
“Saya sangat gembira untuk diri saya dan kakitangan saya.
“Paling penting ialah kami yakin dengan kelan dan memberikan segalanya kepada penyokong.
“Atas sebab itu saya akan bersama mencapai objektif secara bersama. 20 tahun dulu saya kapten kelab ini dan hari ini saya adalah jurulatih,” katanya.
Presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi berkata: “Kami berbesar hati untuk mengekalkan Mauricio dalam keluarga ini.
“Dahulu dia adalah kapten pasukan ini 20 tahun lalu, dia tahu tentang nilai kelab, cita-cita dan visi kami.
“Dengan kepimpinan Mauricio, kami teruja dan yakin dengan masa hadapan kelab ini,” katanya.-AFP