PLUS Malaysia lantik CTO baharu - Utusan Malaysia

PLUS Malaysia lantik CTO baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengumumkan pelantikan Kang Yew Jin sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO) baharu.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pelantikan Yew Jin selaras dengan hasrat PLUS untuk terus berusaha meningkatkan penggunaan aplikasi data raya dalam memperbaiki dan melancarkan operasi di masa hadapan.

“Ia dilihat sebagai langkah strategik mendorong matlamat syarikat memanfaatkan penggunaan data raya dalam operasi hariannya dan meneruskan kejayaan mereka sebagai penerima Anugerah Transformasi Digital oleh Syarikat Data Antarabangsa (IDC) 2020,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Yew Jin menyatakan rasa teruja kerana dapat berkhidmat dengan PLUS yang memberikannya peluang untuk menyumbang ke arah penambahbaikan pemodenan aset ikon negara serta melihat bagaimana penggunaan teknologi dan data dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kemampuan lebuhraya tol terbesar di Malaysia.

“Penggunaan teknologi dalam rutin harian amatlah tinggi, dipelopori oleh tenaga kerja yang sentiasa mencari jalan untuk terus mendigitalkan operasi dan sentiasa berfikiran ke hadapan.

“Saya bersemangat untuk menyumbang tenaga bagi memastikan PLUS meningkatkan penggunaan teknologi seperti cloud, kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan aplikasi sokongan demi membina ekosistem lebuhraya masa depan,” katanya.

Yew Jin merupakan lulusan Kejuruteraan Komputer dari University of New South Wales dan berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam mengasimilasikan penggunaan teknologi maklumat (IT) dalam industri perbankan.

Sebelum bersama PLUS, Yew Jin berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Bahagian Digital dan Pencetakan Kumpulan Media Star. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya