PKRC Hospital Tampin dibuka awal bulan depan - Utusan Malaysia

PKRC Hospital Tampin dibuka awal bulan depan

SEBUAH PKRC akan dibuka di Hospital Tampin bagi merawat pesakit Covid-19 di tahap satu hingga empat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) akan beroperasi di negeri ini apabila ia akan dibuka di Hospital Tampin bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan berkenaan pembukaan PKRC itu dibuat selepas persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah Tampin.

Menurut beliau, PKRC Hospital Tampin terletak di pekarangan Hospital Tampin dan akan dilengkapi dengan 224 buah katil, bilik saringan, tandas, bilik mandi dan surau.

“PKRC ini akan menyediakan rawatan kepada pesakit Covid-19 tahap satu hingga empat kecuali yang memerlukan rawatan unit rawatan rapi (ICU).

“Penubuhan PKRC ini turut melibatkan kerjasama strategik bersama beberapa buah syarikat korporat seperti Seri Menanti Farm Valley, Gemencheh Granite Sdn. Bhd, Cement Industries of Malaysia Bhd, (CIMA), Matrix Concepts Holding dan Tenaga Nasional Bhd (TNB),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aminuddin menambah, operasi PKRC Hospital Tampin itu juga akan melibatkan seramai 80 orang petugas.

“Insya-Allah PKRC ini akan meningkatkan lagi kapasiti sistem kesihatan negeri terutamanya dalam situasi semasa pandemik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya