PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sembilan lokaliti di Kuala Lumpur ditamatkan esok sejak dilaksanakan pada 3 Julai lalu.
Ini bermakna kebanyakan daerah di Selangor yang dikenakan perintah pada tarikh sama masih diteruskan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sembilan lokaliti di KL itu ialah PPR Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa2), Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.
Selain itu katanya, turut ditamatkan dua lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Kampung Mangga, Nasip Kita dan Kampung Kijang, Balung 3; Kampung Lingkodon, Kota Belud; Kampung Pintas Kubu, Beaufort; Kampung Muhibbah, Putatan; Kampung Goshen, Kota Marudu; Mukim Kuala Kuantan, Kuantan, Pahang dan Mukim Kuala Kuantan 1 dan Mukim Kuala Kuantan 2.
“Berapa lokaliti pula dikenakan PKPD mulai lusa iaitu Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Sabah; Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang, Penjara Tawau & Kuarters, Penjara Taman Ehsan, Tawau; termasuk daerah Kerian, Perak iaitu Apartment Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Binjai.
“Pada masa sama, beberapa lokaliti dilanjutkan PKPD sehingga 30 Julai ini melibatkan Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan Asrama Pekerja Kilang Latexx (Latexx Village & Ivor Hostel), Taiping, Perak; Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah, Melaka dan Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.