PKD minta masa pindah CAC Taman Sri Andalas - Utusan Malaysia

PKD minta masa pindah CAC Taman Sri Andalas

TULAR dalam media sosial video pesakit Covid-19 beratur untuk memasuki CAC Taman Sri Andalas, Klang Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bersetuju menyemak semula dan memohon cadangan memindahkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Taman Sri Andalas di sini, ke tempat lain diberi sedikit masa untuk mencari lokasi yang sesuai. 

Hasil perbincangan, PKD mengakui kesilapan kerana tidak melibatkan perbincangan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) kawasan dan penduduk sebelum mencadangkan pembukaan CAC tersebut.

Menurut ADUN Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, PKD juga memohon maaf dan mengakui mereka kurang berpengalaman dalam mengendali hal-hal sedemikian. 

“Pada masa yang sama pihak PKD akan melakukan tindakan segera dengan mengadakan perbincangan task force melibatkan semua agensi berkaitan, penambahbaikan dari segi keadaan lalu lintas dengan kerjasama  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“PKD  akan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi pesakit yang akan hadir ke CAC. Pihak PKD juga menyediakan lokasi tempat letak kereta yang sesuai untuk pesakit dan menyediakan plan laluan sesuai bagi membolehkan surau dibuka dan tidak mengganggu penduduk sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas berbincang dengan pihak PKD Klang, wakil MPK, Pengerusi Surau An Naim, Persatuan Penduduk Seri Mersing Taman Sri Andalas dan lain-lain.

Terdahulu, tular dalam media sosial  penduduk sekitar Taman Sri Andalas melahirkan kegusaran mereka terhadap operasi CAC yang berhampiran kediaman mereka apabila pusat itu mengumpulkan pesakit positif Covid-19 yang ramai.

Susulan daripada kenyataan PKD Klang yang akan menggunakan Dewan Sukan Taman Sri Andalas sebagai pusat CAC yang tular Jumaat lepas, Mohd. Zawawi segera menghubungi pihak PKD dan MPK untuk penjelasan dan pengesahan berkaitan mesej berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya