Pistol mirip koleksi permainan Lego dijual di AS - Utusan Malaysia

Pistol mirip koleksi permainan Lego dijual di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat pembuat senjata Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kontroversi dengan menjual set pistol mainan kanak-kanak Lego yang menyerupai pistol Glock sebenar.

Penghasilan alat permainan itu mencetuskan polemik semasa ratusan kanak-kanak menjadi mangsa tembakan di negara itu.

Reka bentuk senjata berwarna-warni separa automatik itu mirip seperti permainan Lego.

Pistol itu dikenali sebagai Block19 dan dijual dengan harga antara AS$549 (RM2,306) hingga AS$765 (RM3,213).

Syarikat itu menerusi laman webnya memuat naik kenyataan berikut sebelum dipadamkan semula.

“Senjata adalah perkara menggembirakan. Menembak adalah seronok,” katanya.

Syarikat dari Denmark yang menghasilkan koleksi Lego meminta Culper Precision menghentikan pengeluaran pistol berwarna merah, biru dan kuning itu.

Pengasas kumpulan Moms Demand Action, Shannon Watts yang memberi nasihat terhadap kawalan senjata lebih tegas menjelaskan, organisasi tersebut sudah menghubungi Lego yang kemudian mengirimkan surat pemberhentian produk kepada pembuat senjata itu.

Watts berkata, kejadian kes tembakan tanpa niat meningkat sebanyak 30 peratus tahun lalu.

Dia memberitahu Washington Post reaksi pertamanya terhadap penghasilan senjata itu sebagai ‘sakit dan kanak-kanak akan mati’.

Tahun ini sahaja lebih 165 kes tembakan melibatkan kanak-kanak di AS, menurut organisasi Everytown.

Tahun lalu, seramai 142 mangsa mati akibat serangan oleh kanak-kanak dan golongan bawah umur.

Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Culper Precision, Brandon Scott mengesahkan kepada Washington Post pihaknya sudah menerima surat rasmi dari Lego dan syarikat itu memutuskan untuk mematuhi arahan Lego selepas menjual 20 peralatan senjata itu. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya