Pharmaniaga melakar sejarah pembekalan vaksin - TPM

Pharmaniaga lakar sejarah bekal 12.4 juta dos vaksin – TPM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat Pharmaniaga Berhad telah melakar sejarah apabila berjaya menyempurnakan kontrak pembekalan vaksin jenis Sinovac lebih awal iaitu empat setengah bulan dari tempoh yang dijadualkan. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarikat berkenaan telah membekalkan Sinovac kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak 12.4 juta dos secara pengisian dan pembotolan atau fill & finish.

“Tahniah Pharmaniaga di atas kecekapan dan pengurusan operasi yang kompeten dan efisien dalam membantu kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi Covid-19 negara ini,” kata Timbalan Perdana Menteri dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan beliau telah menyerahkan ‘last batch’ vaksin jenis Sinovac dari Pharmaniaga kepada Kementerian Kesihatan.

Ujarnya, penyerahan itu melakar sejarah yang cukup penting kepada Pharmaniaga selaku syarikat tempatan. 

Sebelum ini, Pharmaniaga memaklumkan telah membekalkan sebanyak 12 juta dos vaksin Covid-19 Sinovac kepada kerajaan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan kelompok dos terakhir akan dibekalkan pada 21 Julai.

Perkembangan itu iaitu empat setengah bulan lebih awal daripada jadual kontrak asal.

Syarikat farmaseutikal itu berkata, memandangkan jumlah suntikan dos pertama di kesemua negeri sudah hampir mencecah enam juta, arahan diberikan untuk memberhentikan pemberian dos pertama.

Kini syarikat itu menumpukan kepada pemberian dos kedua bagi mengelakkan kes kehabisan stok untuk dos kedua sekiranya dos pertama diberi lebih daripada enam juta.

Kontrak pembekalan Pharmaniaga kepada kerajaan adalah membekalkan sebanyak 12 juta dos vaksin Covid-19 Sinovac secara pengisian dan pembotolan dalam tempoh tujuh bulan iaitu antara Mei dan November ini.

Pharmaniaga akan terus membekalkan vaksin itu kepada kerajaan negeri, agensi kerajaan dan pihak swasta yang telah lama menunggu bekalan bagi mempercepatkan program vaksinasi selari dengan PICK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya