Peruntukan bakul makanan sudah disalurkan  - Utusan Malaysia

Peruntukan bakul makanan sudah disalurkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golongan terkesan akibat Covid-19 yang mendapat bantuan bakul makanan dengan segera kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mula menyalurkan peruntukan RM300,000 untuk program Bakul Makanan yang diumumkan pada 28 Jun lalu, bermula semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, untuk kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi yang ketiadaan ahli Parlimen, peruntukan itu disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak dan Majlis Perbandaran Sandakan. 

“Susulan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun, program Bantuan Bakul Makanan sedia ada akan diteruskan dan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan. 

“Tambahan program ini yang melibatkan agihan peruntukan sebanyak RM300,000 diberikan kepada setiap Ahli Parlimen termasuk ahli Parlimen pembangkang. 

“Peruntukan ini bagi memperkasakan program Bantuan Bakul Makanan sedia ada untuk memastikan pelaksanaan yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara,” kata kenyataan itu.

Ujar beliau, kerajaan mengambil sikap mengenepikan perbezaan politik di dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat melalui bakul makanan.

Sementara itu, ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata, perlu ada garis panduan dan penjelasan kepada setiap ahli Parlimen bagaimana mereka boleh menggunakan peruntukan itu dengan mengambil kira berapakah nilai setiap bakul makanan selain jumlah penduduk di setiap Parlimen.

“Jika garis panduan itu membolehkan untuk kegunaan lain, kita boleh bantu untuk kegunaan lain, jika hanya untuk bakul makanan, kita bagi bakul makanan sahaja.

“(Bagaimanapun) pendekatan saya, (penerima) akan diberi baucar bernilai mungkin sebanyak RM50, kita beri baucar dan mereka akan ke kedai runcit untuk membeli sendiri,” katanya di sini semalam. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya