Permohonan reman pemilik Rumah Bonda ditolak - Utusan Malaysia

Permohonan reman pemilik Rumah Bonda ditolak

TANGKAP layar laporan Utusan Online bertarikh 12 JUlai lalu mengenai keadaan tangan Bella yang penuh dengan parut dan kesan melecur akibat penderaan .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permohonan reman terhadap pemilik Rumah Bonda yang ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah ditolak mahkamah hari ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, wanita berusia 29 tahun itu ditahan selepas diminta hadir ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Jelas beliau, kertas siasatan baharu telah dibuka dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506, Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, dua kertas siasatan telah dibuka terhadap wanita berkenaan.

Jelas beliau, kertas siasatan pertama dibuat berhubung laporan ke penderaan remaja sindrom down berusia 13 tahun dikenali dengan nama Bella pada 24 Jun lalu.

“Siasat kes itu dilakukan di bawah Sekyen 31(1) Akta kanak2 2001 dan Kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 13 Julai lalu untuk tindakan lanjut.

“Dalam pada itu, kita telah membuka satu lagi kertas siasatan pada 14 Julai lalu kerana gagal memberi jagaan dan pengawasan yang mencukupi sebelum menahan pengasas pusat perlindungan terbabit kira-kira pukul 10.36 pagi semalam,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya