Perlukan bantuan? Hubungi 'YB' Sharnaaz - Utusan Malaysia

Perlukan bantuan? Hubungi ‘YB’ Sharnaaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, meluahkan rasa lega apabila 100 pek bantuan untuk individu yang terkesan teruk dek pandemik sudah disediakan.

Dalam hantaran video dikongsi di Instagram miliknya, Sharnaaz berkata, dalam usaha kerja sepasukan, 100 pek barangan sumbangan sudah disediakan dan berharap lebih ramai lagi dapat menghulurkan bantuan bersama-sama.

“Alhamdulillah, kita berjaya buat dalam 100 pek bantuan untuk orang susah dalam masa sekarang. Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak dilantik oleh kerajaan, melantik diri saya untuk membantu.

“Kami daripada pasukan Mamu Legacy dan Sharnaaz Ahmad TV keluarkan sedikit sumbangan. Ini daripada setiap kakitangan, Mamu dan juga semua yang sudah membantu untuk mengeluarkan sumbangan ini,” katanya.

Pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu juga berharap kempen bendera putih tersebut dapat memudahkan kerja mereka untuk mengenal pasti insan yang memerlukan bantuan.

“Saya faham memang sekarang pasal bendera putih semua. Saya nak minta kalau anda semua kenal atau ada orang sekeliling yang ada bendera putih mahupun benar-benar memerlukan, buka mata dan hubungi kami.

“Bantu mereka dengan kongsikan mengenai bantuan ini dan minta mereka datang ambil bantuan sumbangan ini. Ini cara pasukan kami untuk membantu orang yang susah dalam pandemik Covid-19 ketika ini. Sekarang, tugas kita adalah bantu orang yang memerlukan,” jelasnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya