Perlakuan rasuah bergantung kepada nilai moral - Isham

Perlakuan rasuah bergantung kepada nilai moral

ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada parti politik yang kebal dengan kesalahan rasuah, sebaliknya ketahanan diri dan integriti itu bergantung kepada nilai moral seseorang untuk menolak daripada melakukan jenayah terbabit.

Perkara itu ditegaskan, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil yang mendakwa banyak kes rasuah berlaku di sepanjang tiga penggal PKR bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menerajui kepemimpinan di negeri itu.

Beliau mendakwa, memiliki data berkaitan insiden rasuah di Selangor dan memperolehinya sewaktu bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika BN mentadbir negara.

“Sebelum ini saya telah kata bahawa dalam tiga penggal kerajaan PKR/DAP/PH memerintah negeri Selangor, kes rasuah banyak berlaku di negeri ini. Banyak laporan kepada pihak berkuasa telah dibuat oleh rakyat.

“Empat tahun lepas saya juga pernah kata bahawa Selangor adalah juara rasuah di Malaysia, walaupun ahli-ahli politik kerajaan negeri cuba menutup hakikat ini dengan membangkitkan kes-kes rasuah orang lain di parti lawan terutama dari UMNO, padahal PKR, DAP, Amanah, Bersatu dan PH sendiri banyak terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa apabila mereka mendapat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya kurniaan Darjah, Bintang Kebesaran serta Pingat negeri bagi pegawai kerajaan dan ahli politik yang didapati melakukan kesalahan rasuah akan ditarik balik.

Gesaan demikian berikutan baginda menzahirkan rasa dukacita apabila mengetahui beberapa pegawai kerajaan di negeri ini terlibat dengan kegiatan rasuah, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Isham turut mendakwa jenayah rasuah yang dilakukan oleh penjawat awam di Selangor berpunca daripada pemimpin politik yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Menurutnya, keperibadian pemimpin politik sebagai penggubal dasar itu penting untuk dicontohi penjawat awam sebagai kakitangan yang akan menguatkuasakan segala polisi daripada mereka.

“Sebelum ini saya telah berkhidmat dengan kerajaan dan syarikat kerajaan selama 20 tahun, tetapi selama berdekad saya berkhidmat saya tidak pernah makan rasuah. Kegiatan rasuah penjawat awam banyak berpunca dari ahli politik. Jika ahli politik pun kotor dan makan rasuah, bagaimana ingin diharap penjawat awam di bawah mereka pula untuk jadi bersih? 

“Menteri Besar Selangor yang sebelum ini pun banyak terkait dengan tuduhan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa berkenaan isu tanah, isu air dan sebagainya, kini Menteri Besar ini telah jadi Menteri Kanan Persekutuan yang jaga kilang. Legasinya ditinggalkan kepada anak buahnya yang jadi Menteri Besar Selangor sekarang,” selarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya