Perhilitan selamatkan tapir betina seberat 300 kilogram

Perhilitan selamatkan tapir betina seberat 300 kilogram

TAPIR Malaya betina seberat 300 kilogram yang diselamatkan oleh Perhilitan selepas haiwan berkenaan masuk ke dalam perangkap di Felda Pasoh 2, Jelebu, Negeri Sembilan, pada 18 Julai lepas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan berjaya menyelamatkan seekor tapir Malaya betina seberat 300 kilogram selepas haiwan berkenaan masuk ke dalam perangkap di Felda Pasoh 2, di sini, pada 18 Julai lepas.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, perangkap berkenaan telah dipasang sehari sebelum itu setelah pihaknya mendapat aduan daripada penduduk mengenai kelibat tapir di kawasan berkenaan.

Menurutnya, haiwan berkenaan masuk ke dalam perangkap pada pukul 8 pagi dan sebaik mendapat maklumat seramai 10 anggota Jabatan Perhilitan telah ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan, kemungkinan tapir berkenaan datang berdekatan dengan rumah kakitangan di Felda Pasoh 2 adalah disebabkan bau buah bacang yang terdapat di lokasi berkenaan.

“Kawasan ini berhampiran dengan hutan belukar serta ladang kelapa sawit dan tapi yang masuk ke dalam perangkap berkenaan juga berada dalam keadaan sihat dan dirawat oleh pegawai veterinar Jabatan Perhilitan,” katanya hari ini.

Wan Mat berkata, tapir berkenaan kemudiannya dilepaskan ke kawasan Hutan Simpan Kenaboi di sini pada hari yang sama bagi memastikan spesiesnya tidak terancam.

Menurutnya, untuk rekod, pada tahun ini, sebanyak empat tapir Malasa atau nama saintifiknya Tapirus Indicus telah diselamatkan di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN