Perenang berusia 18 tahun Tunisia menang emas - Utusan Malaysia

Perenang berusia 18 tahun Tunisia menang emas

PERENANG remaja Tunisia, Ahmed Hafnaoui meraikan kejayaan apabila memenangi pingat emas Olimpik dalam acara 400m gaya bebas di Pusat Akuatik Tokyo.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perenang remaja Tunisia, Ahmed Hafnaoui melakar kejutan apabila memenangi pingat emas dalam acara 400 meter gaya bebas di Sukan Olimpik 2020 Tokyo, hari ini.

Hafnaoui, 18, mencatat masa terpantas 3:43.36 saat diikuti perenang Australia, Jack McLoughlin (3:43.52s) bagi perak dan Kieran Smith (Amerika Syarikat) gangsa (3:43.94s).

Turun bukan sebagai pilihan utama, Hafnaoui, bagaimanapun berjaya melakar kejutan tersebut dalam penampilan sulung di pentas Olimpik.

“Saya tidak percaya bahawa saya boleh lakukannya. Ia sangat menakjubkan. Saya rasa sangat bagus ketika di dalam air pada pagi ini berbanding semalam.

“Saya kini juara Olimpik! Saya hanya meletakkan kepala ke dalam air. Itu sahaja.

“Sukar untuk dipercayai. Ia satu impian yang menjadi kenyataan,” kata Hafnaoui, yang pernah menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dalam Sukan Olimpik Remaja 2018.

Hafnaoui bakal meraih satu lagi peluang untuk mencipta sejarah apabila turun dalam acara 800m Selasa ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya