Penularan Hospital Alor Gajah: 5 meninggal, 58 positif - Utusan Malaysia

Penularan Hospital Alor Gajah: 5 meninggal, 58 positif

PENULARAN Kluster Paya Datuk dipercayai berlaku selepas Hospital Alor Gajah, Melaka mula menerima dan merawat pesakit positif pada dua minggu lalu. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Lima pesakit meninggal dunia manakala 58 individu termasuk kakitangan di Hospital Alor Gajah di sini, kini dirawat selepas dijangkiti Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kesemua yang meninggal dunia berusia 60 tahun ke atas dan siasatan lanjut berhubung kes masih dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, penularan Kluster Paya Datuk itu dipercayai berlaku selepas hospital berkenaan mula menerima dan merawat pesakit positif dua minggu lalu.

“Pada 10 Julai, dua kakitangan di Wad 2A disahkan dijangkiti wabak tersebut dan hasil saringan kontak dilakukan, setakat hari ini seramai 58 individu dikesan positif Covid-19.

“Lima pesakit juga telah meninggal dunia akibat kluster ini, selebihnya mereka yang dijangkiti melibatkan 32 pesakit, 16 kakitangan dan 10 ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, bagi mengawal penularan itu, pengurusan hospital dan Jabatan Kesihatan negeri menutup sementara kemasukan ke Wad 2A dan 2B bagi kerja-kerja sanitasi.

“Semua kes bukan Covid-19 yang memerlukan rawatan lanjut dirujuk ke Hospital Melaka dan 94 Hospital Angkatan Tentera (HAT) di Kem Terendak.

“Bagi pesakit kes ringan dan bukan kecemasan digalakkan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Alor Gajah dan klinik-klinik yang berhampiran,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya