Peniaga durian terkena tempias CAC Taman Sri Andalas - Utusan Malaysia

Peniaga durian terkena tempias CAC Taman Sri Andalas

MUHD. Ali Zakariah (kiri) dan pekerjanya termenung kerana kekurangan pembeli yang datang ke gerai sejak CAC Taman Sri Andalas, Klang diwujudkan di kawasan berhampiran gerai duriannya. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kewujudan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Taman Sri Andalas di sini, memberi kesan kepada  perniagaan durian dijalankan  penjaja yang membuka gerak berhampiran kawasan itu.

Muhd. Ali Zakariah berkata, sebelum CAC tersebut dibuka, perniagaan durian Udang Merahnya laris tetapi berubah sejak Dewan Sri Andalas dijadikan tempat penilaian pesakit positif Covid-19 , iaitu  200 meter daripada tempatnya berniaga.

“Kebiasaannya dalam masa lima jam, bermula pukul 10 pagi ramai yang datang ke sini. Sebelum ditutup pukul 8 malam, buah sudah habis.

“Namun sejak CAC dibuka tidak jauh dari sini, hendak jual dua tiga kilogram pun susah,” katanya kepada pemberita  di sini.

Tambahnya, jualan lelong pernah dibuat bagi menarik pengunjung ke gerainya namun tidak mendapat sambutan, malah dia turut  cuba berniaga di kawasan lain tetapi sukar mendapat pelanggan kerana kawasan tersebut terdapat peniaga durian.

Jelasnya lagi, sepatutnya CAC tersebut segera dipindahkan kerana kawasan itu berpenduduk padat dan berhampiran surau.

“Saya dengar CAC tersebut akan dipindahkan dalam masa dua minggu. Kalau begitu saya pun turut terkesan dalam masa yang sama.

“Kerugian boleh mencecah empat angka jika CAC di sini terus beroperasi sehingga melimpah ke jalan besar. Harap ia segera dipindahkan, bukan sahaja penduduk risau jika varian Delta tersebar di udara saya dan pekerja turut bimbang,” luahnya.

Jelasnya lagi, dia tidak membantah kewujudan CAC tetapi kewajaran mewujudkan CAC di kawasan penduduk padat amat dikesali.

Terdahulu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang, dilapor mengakui kesilapan kerana tidak melibatkan perbincangan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) kawasan dan penduduk sebelum mencadangkan pembukaan CAC tersebut.

Hal demikian susulan tular dalam media sosial apabila penduduk sekitar Taman Sri Andalas melahirkan kegusaran mereka terhadap operasi CAC yang berhampiran kediaman mereka apabila pusat itu mengumpulkan pesakit positif Covid-19 yang ramai. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya