Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu di Kelantan - Utusan Malaysia

Peniaga durian rentas negeri cetus kluster baharu di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan peniaga yang merentas sempadan negeri ke Selangor dan Johor untuk mengambil bekalan durian, dipercayai mencetuskan kluster baharu pandemik Covid-19 di Kelantan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, Kluster Kampung Baru Bukit Kecil Labok, Machang yang baru tercetus itu melibatkan jangkitan individu di sekitar Machang dan Kota Bharu.

Setakat ini katanya, 12 kes positif direkodkan daripada kluster itu selepas 38 individu menjalani saringan sehingga semalam.

“Kluster ini melibatkan remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Julai lalu apabila mula bergejala tiga hari sebelumnya.

“Dia mempunyai rekod merentas negeri ke Selangor dan Johor pada 10 hingga 15 Julai bersama sekumpulan peniaga durian lain untuk mengambil serta menghantar bekalan durian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zaini berkata, Kluster Kerilla yang tercetus ketika ini juga dipercayai berpunca daripada tindakan individu merentas negeri dari Tanah Merah ke Klang, Selangor.

Katanya, kluster itu tercetus daripada seorang lelaki berusia 38 tahun yang dilaporkan positif pada 22 Julai hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.

“Kes indeks ini mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Kelantan pada 11 Julai untuk menghadiri majlis pengebumian adiknya sebelum pulang ke Selangor empat hari kemudian.

“Sehingga kini, hasil ujian saringan terhadap 23 individu mendapati sembilan daripadanya positif dan ujian saringan akan diteruskan terhadap kontak rapat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya