Pengurus McDonald's diacu pistol kerana hidang kentang goreng terlalu masin - Utusan Malaysia

Pengurus McDonald’s diacu pistol kerana hidang kentang goreng terlalu masin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Serorang pengurus restoran francais makanan segera McDonald’s diacu postol oleh dua pelanggan yang berang kerana mendakwa kentang gorengnya terlalu masin.

Menurut polis, mereka saling bertengkar mengenai kentang goreng tersebut sebelum seorang daripada suspek mengeluarkan pistol dan mengacukannya terhadap pengurus restoran berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kedua-dua melakukan perbuatan itu di bahagian pandu lalu restoran terbabit.

Selepas itu, polis dikerah ke lokasi kejadian dan kedua-dua supek ditahan bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas pistol yang digunakan suspek untuk mengancam pengurus McDonald’s itu.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya