PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mendakwa pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hasan bahawa kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat sebagai satu penghinaan kepada institusi beraja.
Selain menyifatkan tindakan itu boleh mencetuskan krisis pelembagaan, Anwar berkata, kerajaan dan Perdana Menteri seharusnya terlebih awal menyembah maklum dan memohon perkenan Seri Paduka berhubung perkara demikian.
“Apakah pembatalan ini telah mendapat perkenan Agong? Oleh demikian pengumuman tidak boleh dibuat tanpa perkenan Seri Paduka dan ia seolah-olah satu penghinaan kepada Majlis Raja-Raja.
“Kerajaan dan Perdana Menteri harus bertanggungjawab kerana usul terlebih dahulu tetapi mengetepikan institusi raja dengan harus mendapat perkenan terlebih dahulu,” katanya dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.
Takiyuddin memakklumkan kerajaan telah memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat sebaik sahaja tamat pada 1 Ogos ini.
Katanya perkara itu telah diputuskan pada 21 Julai lalu.