KUALA LUMPUR: Penyanyi, Liza Hanim meluahkan kerisauan terhadap nasib seorang pengikut Instagramnya (IG) yang bertarung nyawa melahirkan anak namun masih sempat menontonnya secara live di laman maya itu baru-baru ini.
Penyanyi berkenaan tidak menyangka apabila mengetahui keadaan wanita itu yang sedang diserang kontraksi ketika menontonnya memasak secara live di platform tersebut.
“Semalam masa saya tengah live memasak ada seorang follower saya tonton live sambil layan kontraksi dia dalam bilik bersalin!
“Apa khabar dia ye? Saya doakan dia selamat bersalin dan dipermudahkan segala urusan,” tulisnya dalam satu entri di IG.
Dalam pada itu, Liza berharap dia dapat berhubung dengan individu terbabit untuk bertanyakan tentang keadaannya.
“Boleh DM saya tak? Saya ingat-ingat lupa namanya tapi kalau DM insya-Allah saya ingat,” tulisnya lagi.