Penganggur direman selepas bunuh bapa saudara - Utusan Malaysia

Penganggur direman selepas bunuh bapa saudara

SUSPEK (dua kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak bagi mendapatkan perintah reman bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas dipercayai membunuh bapa saudaranya di Tangkak, Johor. -UTUSAN/NUR ALINA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan tahanan reman tujuh hari ke atas seorang penganggur selepas dipercayai membunuh bapa saudaranya di Kampung Serom 3, Sungai Mati, di sini, semalam.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan seorang warga emas berusia 72 tahun maut ditikam anak saudaranya di bahagian badan, muka dan kepala selepas berlaku perselisihan faham antara kedua mereka.

Menurut Mohd. Fadhil, polis yang menerima laporan kejadian pada pukul 1.19 tengah hari menahan suspek selain merampas senjata yang digunakan untuk menikam mangsa.

Kata beliau, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek yang tinggal serumah sejak kecil telah bertengkar ekoran pemuda itu sering ditegur bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan.

Bagaimanapun suspek berang dan berlaku perselisihan faham antara kedua mereka sebelum pemuda itu kemudian bertindak agresif menikam warga emas berkenaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya