Penduduk anjur jamuan perkahwinan dikompaun RM4,000  - Utusan Malaysia

Penduduk anjur jamuan perkahwinan dikompaun RM4,000 

ANGGOTA polis melakukan siasatan di rumah penduduk seorang penduduk yang mengadakan jamuan makan sempena majlis perkahwinan di Kampung Padang, Mukim Gajah Mati di Pokok Sena, Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang penduduk dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 kerana mengadakan jamuan makan sempena majlis perkahwinan di Kampung Padang, Mukim Gajah Mati di Pokok Sena dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pasukan pemantau Op Covid menerima aduan awam berhubung penganjuran majlis itu ketika sedang melakukan rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Pokok Sena, kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Katanya, pasukan tersebut terus ke lokasi dan mendapati sebuah rumah di kampung berkenaan sedang mengadakan jamuan makan sempena majlis perkahwinan.

“Kita mendapati terdapat beberapa penduduk kampung yang turut menghadiri majlis itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tuan rumah selaku penganjur majlis sosial itu seterusnya dikenakan kompaun RM4,000 oleh pasukan pemantau Op Covid-19 berkenaan.

“Kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 4 Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 1988,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya