Penambahan SJR, tiada kawat duri PKPD Seremban - Utusan Malaysia

Penambahan SJR, tiada kawat duri PKPD Seremban

MOHD. Said Ibrahim (kiri) menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada seorang penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sempena Program Op Bantu IPD Seremban di Jalan Kaloi, Taman Permai, Seremban hari ini.- UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiada pemasangan kawat duri sebaliknya kawalan dipertingkat dengan penambahan sekatan jalan raya (SJR) dilakukan di sekitar daerah ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, setakat ini terdapat lapan  SJR sedia ada dan dua lagi SJR ditambah di kawasan Rantau iaitu di laluan menghala ke Port Dickson.

“Di bawah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, kita ada lapan SJR sedia ada dan akan tambah dua lagi jadi secara keseluruhan ada 10 SJR ketika PKPD dengan jumlah kekuatan anggota seramai 300 orang termasuk bantuan  tentera.

“Pasukan pemantauan juga dipertingkat bagi memastikan pergerakan keluar masuk masyarakat dapat dikawal sepenuhnya, setakat ini tiada kawat duri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sempena Program Op Bantu IPD Seremban di Jalan Kaloi, Taman Permai di sini.

Semalam kerajaan mengumumkan PKPD di seluruh daerah Seremban berkuat kuasa 9 Julai hingga 22 Julai 2021.

PKPD Seremban melibatkan lapan mukim iaitu mukim Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban dan Setul. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya