LONDON: Peminat seharusnya mula menyayangi Raheem Sterling selepas dia beraksi cemerlang bersama England.
Andros Townsend berkata, Sterling pernah diejek kerana menyertai Manchester City kerana mahukan piala.
Katanya. ramai tidak menghargai jasa Sterling bersama Three Lions sebaliknya tetap mahukan Jack Grealish atau Phil Foden beraksi dalam kesebelasan utama.
“Sudah tiba masanya orang menghormati Sterling. Dia sudah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan.
“Sudah sampai masanya kita menghargainya kerana dia mampu mengubah keadaaan dalam keadaan mendesak.
“Dia sering menjadi mangsa kecaman kerana warna kulitnya tetapi dia banyak menyumbang kepada skuad England,” katanya.