KUALA LUMPUR: “Cantiknya Maya Karin”.
Itu antara reaksi netizen terhadap imej pelakon jelita berkenaan yang tampil berlainan dalam sebuah video pendek yang tular di Instagram (IG) baru-baru ini.
Maya, 41, yang juga duta tilam Vono kelihatan manis bertudung dengan persalinan cukup menawan.
Video tersebut dimuat naik di IG pelakon ini sempena Hari Raya Aidiladha.
Imej yang jarang dilihat pada pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu ditonton lebih 5,743 kali setakat ini.
Netizen rata-rata terkesima dengan kecantikannya bertudung dan tidak melepaskan peluang menulis di ruangan komen.
“Salam Aidiladha. Maya tambah cantik pakai tudung,” tulis cikgu_jup.
Selain itu, terdapat peminat yang turut memberi reaksi mencuit hati.
“Selamat Hari Raya Aidiladha perempuan cantik. Moga sihat dan berjaya.
“Bahagia dunia akhirat dan cepat dapat jodoh. Payah-payah saya on sahaja,” gurau pengguna IG, Shazlann.