JAKARTA: Naib Ketua Umum Parti Gerindra, Fadli Zon meminta pemerintah Indonesia mengibarkan bendera putih dalam menangani pandemik Covid-19.
CNN Indonesia melaporkan, Fadli berkata demikian kerana Indonesia memerlukan langkah darurat dan bantuan antarabangsa dalam mencari kaedah terbaik mengekang penularan Covid-19 yang dikategorikan semakin parah di negara ini.
Menurut beliau, pemerintah harus bersikap realistik dalam menghadapi gelombang baharu Covid-19 ketika ini.
Jelasnya, keadaan semasa kemudahan kesihatan, logistik dan jumlah tenaga kerja kesihatan terbukti sudah berada di ambang ‘kritikal’ termasuk ada yang tidak sanggup menghadapi situasi yang terus memburuk.
“Langkah meminta bantuan antarabangsa terutam dari negara yang terbukti berjaya mengatasi pandemik merupakan hal yang tidak boleh dielakkan. Ini kerana jumlah kes harian Covid-19 di Indonesia memecah rekod dalam dua minggu ini.
“Situasi ini amat membimbangkan,” katanya.
Semalam, Indonesia mencatatkan hampir 40,000 kes baharu jangkitan Covid-19.