Pemandu teksi PD hanya raih RM20 seminggu - Utusan Malaysia

Pemandu teksi PD hanya raih RM20 seminggu

AZLAN Jamaluddin (kiri) bersama seorang rakan pemandu teksi yang lain tetap setia menunggu penumpang di Stesen Teksi Port Dickson. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Ketika pemasangan bendera putih banyak tertumpu di rumah-rumah individu yang memerlukan bantuan, tular baru-baru ini terdapat kibaran bendera itu yang dipasang sekumpulan pemandu teksi di Perhentian Teksi dan Bas di sini.

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia di perhentian teksi tersebut semalam mendapati, tiada lagi kibaran bendera putih dan difahamkan ia diturunkan tidak lama selepas ia tular.

Akhbar ini mendapatkan wakil pemandu teksi di situ bagi mengetahui sendiri situasi semasa yang dihadapi mereka.

Seperti dijangka, beberapa pemandu teksi di situ mengakui tindakan mereka mengibarkan bendera putih adalah untuk memberitahu pihak berwajib bahawa mereka juga terkesan ketika pelaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seorang pemandu, Azlan Jamaluddin, 58, berkata, kira-kira 30 pemandu teksi di situ terjejas kerana tiada penum­pang.

Dia sendiri telah me­nunggu sejak pagi namun masih tidak mendapat penumpang.

“Memang sejak PKP jarang ada penumpang, selalu juga balik dengan ta­ngan kosong namun kami tetap menunggu juga, mana tahu ada yang mahu menggunakan perkhidmatan teksi,” katanya ketika ditemui di perhentian teksi yang dikendalikan Persatuan Teksi Daerah Port Dickson itu.

Seorang lagi pemandu, K. Raja Kumar, 56, berkata, dia pernah mendapat RM20 seminggu sejak PKP dikuatkuasakan.

“Bayangkan sebulan saya hanya dapat sekitar RM100 ke RM200. Saya terpaksa keluar mencari rezeki bagi menyara isteri yang kurang sihat dan anak di rumah,” katanya.zakkin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya