Pemain Switzerland adalah hero - Utusan Malaysia

Pemain Switzerland adalah hero

VLADIMIR Petkovic tetap berbangga dengan pencapaian Switzerland walaupun gagal ke separuh akhir Euro 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT PETERSBURG: Jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic memuji pemainnya sebagai ‘hero’ selepas mereka hanya kurang selangkah untuk mara ke separuh akhir kejohanan utama pertama apabila tewas di tangan Sepanyol menerusi penalti di Euro 2020.

Switzerland, bermain pada suku akhir pertama kejohanan besar sejak 1954, menyaksikan Remo Freuler dibuang padang pada minit ke-77, tetapi bertahan untuk memaksa penentuan penalti selepas seri 1-1 di Saint Petersburg, sebelum tewas 3-1.

“Pemain saya adalah hero malam ini.

“Kami sepatutnya layak untuk mara ke peringkat seterusnya. Perasaan saya bercampur baur.

“Dalam pada itu, kami sangat hampir ke separuh akhir dan perkara itu tidak berlaku setiap tahun,” kata Petkovic.

Penjaga gol Switzerland, Yann Sommer tidak bernasib baik berada dalam pasukan yang tewas selepas menyelamatkan lapan percubaan dalam masa tambahan sebelum penentuan penalti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya